Sunday, January 13, 2013

Cerita Yang Hilang




 Kata-kata pujangga tidak lagi seindah yang pernah aku ucapkan dalam coretan hati yang sepi dan penuh kepiluan ini. Jari jemariku yang dulunya petah menulis nukilan yang merantai jiwa dan yang memahami erti sebuah memori dalam hidup mereka adalah satu perasaan yang dianugerahkan kepada mereka untuk dikongsi bersama-sama untuk merasainya bersamaku.

 Suara yang dulunya tenang apabila meluahkan isi hati berubah menjadi serak dek jeritan penuh kekecewaan dalam diri aku kerana aku tidak tahu mengapa sungguh cepat jiwa dan perasaanku hilang sepenuhnya. Aku tidak mampu lagi meluahkannya melalui perasaan aku sendiri, bagaikan coretan aku kosong tanpa perasaan yang dicurahkan ke dalamnya.

 Namun tangan ini akan terus menulis coretan ini hingga ia menyentuh hati aku kembali bersama-sama pujangga-pujangga yang membaca coretan ini. Adakah mata yang membaca coretan ini menusuk di hati atau tidak?


Nukilan oleh,
Tiramisu cake

No comments:

Post a Comment